Islam & Ilmu Falak

on Friday, May 22, 2009

Pada petang 28 Mei 2007 nanti, sebuah fenomena yang dipanggil Istiwa Matahari di atas Kaabah akan berlaku tepat pada jam 5.16 PM.

Keterangan lanjut fenomena ini telah dihuraikan secara terperinci di laman web Unit Falak UDM.

Suka dimaklumkan, fenomena ini memberi peluang kepada kita untuk memeriksa kembali arah kiblat kita yang mungkin sudah tersasar sedikit daripada arah sebenarnya.

Oleh itu, saya telah sediakan satu penerangan ringkas dalam bentuk powerpoint cara-cara untuk kita memeriksa arah kiblat. Sila muat turun di sini .

Mudah-mudahan ia dapat membantu.

Apakah maksud ilmu falak? Apakah ia berbeza dengan astronomi?

Berikut adalah beberapa definisi Ilmu Falak dipetik dari buku Pengenalan Ilmu Falak, Baharrudin Zainal, DBP 2002.


  • Ilmu Falak adalah salah satu cabang sains tabie (tulen).
  • Ilmu yang mengkaji perjalanan badan-badan cakerawala seperti bumi, bulan, matahari dan bintang-bintang.
  • 'Falak' dari bahasa Sumerian 'pilak' bermaksud sesuatu yang berputar.
  • Dalam bahasa latin, astronomi - ilmu mengenai bintang.
  • Hartmann 1987 : sains yang mengkaji objek-objek di angkasa.
  • Al-Quran : benda yang beredar di langit - surah Yasin:40 dan Al-Anbiya:33.
  • Al-Biruni : sesuatu yang saling bertukaran.
  • Ikhwan as-Shafa : ilmu yang mengkaji tentang tatasuria, menghitung jumlah bintang, mengukur pembahagian gugusan-gugusan bintan, jarak, saiz dan pergerakan badan-badan cakerawala serta mengetahui segala sesuatu yang berhubungan dengannya.
  • Ibn Khaldun : ilmu yang mempelajari tentang pergerakan tetap bintang-bintang, sama ada yang bergerak atau berpusing. Gerakan-gerakan tersebut boleh diketahui melalui cerapan atau hitungan. Ilmu hitungan pula hendaklah berdasarkan kepada pengetahuan tentang ciri-ciri pergerakan dan kedudukannya.