Jalan Kehidupan..

on Saturday, August 29, 2009

Kehidupan ini umpama berada diantara CAHAYA dan BAYANG-BAYANG.Cahaya matlamat hakiki kita.(Akhirat).Bayang-bayang adalah buaian dunia kita.(Dunia).Bayang-bayang menjadi impian setiap manusia kerana unik,menarik dan tertarik.Dalam berlari mengejar bayang-bayang (dunia).tanpa disedari diri kita semakin jauh dari cahaya (Akhirat).sedangkan dunia merupakan jalan untuk mencapai akhirat.mengapa manusia semakin alpa.??kita akan kembali kepada cahaya apabila telah sesat mencari bayang-bayang yang tidak terjumpa.itulah hakikatnya..Berjalan atau berlari mengejar Cahaya (Akhirat).pasti akan tiba walau jauh beribu batu.Dalam perjalanan menuju cahaya, bayang-bayang(Dunia) akan mengekori kita.itulah kelebihannya..Cahaya merupakan matlamat utama setiap insan bergelar manusia yang sebenar-benarnya.tetapi kerana lena dibuai mimpi indah dunia,kerana hanyut dilambung ombak dan arus semasa,kerana alpa bersama keasyikan dunia,kita dikaburkan nikmat indahnya cahaya oleh syaitan dan nafsu.yang menjadi kabus awan ribut hitam yang menghalang cahaya itu.fikirlah wahai insan yang dibawah naungan hidayah ALLAH.Adakala ALLAH menguji kita tanda kasihnya.Adakala datang hasutan dan godaan melalaikan kita.ingatlah..ingatlah bayang-bayang (dunia) itu akan hilang.Ia tidak akan wujud tanpa bertuan.Ia hanyalah pengindah di sepanjang perjalanan menuju Cahaya (Akhirat)..Wallahualam...