Jalan Kehidupan..

on Saturday, August 29, 2009

Kehidupan ini umpama berada diantara CAHAYA dan BAYANG-BAYANG.Cahaya matlamat hakiki kita.(Akhirat).Bayang-bayang adalah buaian dunia kita.(Dunia).Bayang-bayang menjadi impian setiap manusia kerana unik,menarik dan tertarik.Dalam berlari mengejar bayang-bayang (dunia).tanpa disedari diri kita semakin jauh dari cahaya (Akhirat).sedangkan dunia merupakan jalan untuk mencapai akhirat.mengapa manusia semakin alpa.??kita akan kembali kepada cahaya apabila telah sesat mencari bayang-bayang yang tidak terjumpa.itulah hakikatnya..Berjalan atau berlari mengejar Cahaya (Akhirat).pasti akan tiba walau jauh beribu batu.Dalam perjalanan menuju cahaya, bayang-bayang(Dunia) akan mengekori kita.itulah kelebihannya..Cahaya merupakan matlamat utama setiap insan bergelar manusia yang sebenar-benarnya.tetapi kerana lena dibuai mimpi indah dunia,kerana hanyut dilambung ombak dan arus semasa,kerana alpa bersama keasyikan dunia,kita dikaburkan nikmat indahnya cahaya oleh syaitan dan nafsu.yang menjadi kabus awan ribut hitam yang menghalang cahaya itu.fikirlah wahai insan yang dibawah naungan hidayah ALLAH.Adakala ALLAH menguji kita tanda kasihnya.Adakala datang hasutan dan godaan melalaikan kita.ingatlah..ingatlah bayang-bayang (dunia) itu akan hilang.Ia tidak akan wujud tanpa bertuan.Ia hanyalah pengindah di sepanjang perjalanan menuju Cahaya (Akhirat)..Wallahualam... 

Siapa Raja,Siapa Hamba??

Alkisah satu rombongan Alexender the great ke sebuah pekampungan untuk meluaskan jajahannya di sebuah negara.(saya x ingat negara mana).Alexender memerintahkan semua penduduk disitu berkumpul di tempat lapang dihadapanya."tunduk dan sembah raja"berlaungan suara tentera Alexender.hanya seorang pendeta tua diatas bukit berhampiran disitu tidak pergi.kedegilannya disedari Alexender dan beliau pergi berjumpa dengan pendeta tua itu."mengapa dikau tidak berkumpul ditempat lapang"marah Alexender."kau bukanlah seorang raja malah seorang hamba yang hina dan lemah"Balas pendeta itu."ajal kau dihujung pedangku,berani sungguh kau berkata seperti itu."kata Alexender."adakah seorang raja yang gagah,berkuasa tunduk pada kemarahan dirinya?? Adakah Seorang raja yang berdaulat tunduk pada kehendak jiwanya.??Adakah seorang raja yang berpengaruh ditindas oleh nafsu,kuasa,harta dan dirinya??Raja adalah Seorang pemimpin yang kepada jiwa dirinya dan jiwa orang lain.kata-kata ini bukan menyindir,tetapi adakah kamu seorang raja wahai Alexender."Jawab Pendeta tua itu.Alexender terdiam dan terus beredar dari rumah pendeta itu.(itu yang saya tahulah.Rasa2nya orang macam pendeta tu dah kene pedang.Alexender bukan islam.lembut betul jiwa dia.).والله علم...  

A Lunar Rille

on Friday, August 28, 2009

بسم الله الرحمن الرحيم
discover the rille on the moon
Explanation: What could cause a long indentation on the Moon? First discovered over 200 years ago with a small telescope, rilles (rhymes with pills) appear all over the Moon. Three types of rilles are now recognized: sinuous rilles, which have many meandering curves, arcuate rilles which form sweeping arcs, and straight rilles, like Ariadaeus Rille pictured above. Long rilles such as Ariadaeus Rille extend for hundreds of kilometers. Sinuous rilles are now thought to be remnants of ancient lava flows, but the origins of arcuate and linear rilles are still a topic of research. The above linear rille was photographed by the Apollo 10 crew in 1969 during their historic approach to only 14-kilometers above the lunar surface. Two months later, Apollo 11, incorporating much knowledge gained from Apollo 10, landed on the Moon.
Terdapat hadis yang mengisahkan peristiwa bulan terbelah di zaman rasullullah.apabila kaum musyrikin menafikan kenabian baginda.lalu bagida meminta bulan terbelah untuk membuktikan kekusaan Allah.Kesahihhan hadis ini saya tak dapat pastikan.
Menurut kajian, garisan ini mengelilingi bulan dan banyak fakta yang sama menulis mengenainya.ia mula ditemui 200 tahun dahulu dengan hanya menggunakan teleskop biasa.gambar diatas diambil dari pesawat apollo 10 pada tahun 1969.wallahualam... 

Cinta Hakiki dan Abadi

Cinta pada bunga , bunga akan layu.

Cinta pada manusia , Manusia akan mati.

Cinta pada Allah , akan kekal abadi.

ungkapan diatas sudah jelas,hidup manusia tidak akan kelepasan daripada Cinta.sama ada yang dicari,yang datang sendiri,yang terlintas dihati, ataupun yang disemai hari-hari.tajuk yang agak sensetif untuk diutarakan,tetapi jika difikirkan kembali.Adakah manusia berda di landasan yang betul dalam mengharungi mainan dunia ini atau cinta yang kekal abadi.

cinta kepada Manusia.

tidak boleh dinafikan kehendak jiwa manusia yang saban hari pasti akan teringatkan si dia yang selalu bermain dimata(kononnya).adakah cinta kepada individu itu hanyalah perasaan untuk memiliki atau benar2 abadi.sekiranya begitu,mengapakah kita lupa insan yang sepatutnya kita kasih labih daripada si dia(potong treatlah plak.mula-mula Allah.Pasti,Rasullullah.Kemudian barulah ibu bapa dan keluarga.lepastu baru saudara seagama.last skali,fikirlah sendiri.dimana kedudukan kekasih anda.mengutamakan sesuatu daripada yang lebih utama???Adakah itu alasan supaya tidak bercinta.(janganlah jadi kurang cerdik).ISLAM ITU INDAH..adalah caranya dan batasannya.Takkan tengah belajar dah fikir pasal anak dan keluarga.itukan mengganggu namanya.dah jadi benda yang mudarat.jadi tepuk dada tanyalah iman,diri dan jiwa.

Cinta kepada Allah dan rasul.

inilah landasan yang paling haq dan benar.kerana Rasullullah merupakan insan maksum dan paling sempurna.Sekiranya mengambil cara hidup rasullulah dan sunahnya sebagai ikutan,adakah kita akan terbabas dari landasan.INSYA ALLAH TIDAK.kerana Allah sudah menjamin hambanya yang mengamalkan sunah Rasullullah.Cara hidupnya,dari bangun tidur hinggalah tidur semula...bukti kecintaan kita yang paling mudah ialah kita selalu membasahkan lidah dengan selawat keatasnya dan berzikir.

Cinta kepada Harta dan dunia.

(aik takboleh ke.sekarag ni money is everything,no money no talk.)
bukan begitu.Dalam islam kita ada caranya.apalah guna ilmu feqah,faraid,perabankan islam dan lain-lain.Ini membuktikan bahawa pengurusan harta dengan betul itu penting.Yang menjadi salahnya ialah apabila terdapat individu yang terlalu mengutamakan harta dan kehendak dunia.Dalam konteks menguruskan harta ada yang mengikut KEPERLUAN dan ada yang mengikut KEPENTINGAN.(kalau tak de duit macam mana nak belajar dan nak pegi haji).sebab itu,kita memerlukan nikmat akal yang diberikan kepada kita.

Nasihat imam syafie..
tidak akan memiliki ilmu melainkan 6 perkara:
1.Cerdik
2.tamak (dalam ingin memiliki ilmu)
3.Berusaha
4.berkemampuan (dari segi Harta)
5.pengesahan daripada ustaz atau orang yang lebih arif
6.masa yang lama

kecintaan kepada ALLAH mendorong individu ingin medalaminya dengan menuntut ilmu.untuk mendapatkan ilmu memerlukan pengorbanan harta,tenaga dan masa.begitulah juga kita.dimana tahap kecintaan kita kepada ALLAH.adakah sudah terlaksana??barulah kekasih kita...

Syukur

Adakala kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa.

Adakala kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai air mata.

Bersyukurlah pada orang yang menyakiti mu kerana dialah yang menabahkan kamu.

Bersyukurlah pada orang yang tidak mengendahkanmu kerana dialah yang memupuk berdikarimu.

Bersyukurlah pada orang yang menjatuhkanmu kerana dialah memperhebatkan kemampuanmu.

Bersyukurlah pada orang yang menyeksamu kerana dialah yang menguji kesabaran dan ketabahanmu...

Hargai mereka bukan bererti membiakan dan melepaskan mereka melakukan kesilapan,
tetapi hargai mereka dengan tunjukkanlah mereka jalan yang benar.

Islam & Ilmu Falak

on Friday, May 22, 2009

Pada petang 28 Mei 2007 nanti, sebuah fenomena yang dipanggil Istiwa Matahari di atas Kaabah akan berlaku tepat pada jam 5.16 PM.

Keterangan lanjut fenomena ini telah dihuraikan secara terperinci di laman web Unit Falak UDM.

Suka dimaklumkan, fenomena ini memberi peluang kepada kita untuk memeriksa kembali arah kiblat kita yang mungkin sudah tersasar sedikit daripada arah sebenarnya.

Oleh itu, saya telah sediakan satu penerangan ringkas dalam bentuk powerpoint cara-cara untuk kita memeriksa arah kiblat. Sila muat turun di sini .

Mudah-mudahan ia dapat membantu.

Apakah maksud ilmu falak? Apakah ia berbeza dengan astronomi?

Berikut adalah beberapa definisi Ilmu Falak dipetik dari buku Pengenalan Ilmu Falak, Baharrudin Zainal, DBP 2002.


  • Ilmu Falak adalah salah satu cabang sains tabie (tulen).
  • Ilmu yang mengkaji perjalanan badan-badan cakerawala seperti bumi, bulan, matahari dan bintang-bintang.
  • 'Falak' dari bahasa Sumerian 'pilak' bermaksud sesuatu yang berputar.
  • Dalam bahasa latin, astronomi - ilmu mengenai bintang.
  • Hartmann 1987 : sains yang mengkaji objek-objek di angkasa.
  • Al-Quran : benda yang beredar di langit - surah Yasin:40 dan Al-Anbiya:33.
  • Al-Biruni : sesuatu yang saling bertukaran.
  • Ikhwan as-Shafa : ilmu yang mengkaji tentang tatasuria, menghitung jumlah bintang, mengukur pembahagian gugusan-gugusan bintan, jarak, saiz dan pergerakan badan-badan cakerawala serta mengetahui segala sesuatu yang berhubungan dengannya.
  • Ibn Khaldun : ilmu yang mempelajari tentang pergerakan tetap bintang-bintang, sama ada yang bergerak atau berpusing. Gerakan-gerakan tersebut boleh diketahui melalui cerapan atau hitungan. Ilmu hitungan pula hendaklah berdasarkan kepada pengetahuan tentang ciri-ciri pergerakan dan kedudukannya.