Syukur

on Friday, August 28, 2009

Adakala kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa.

Adakala kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai air mata.

Bersyukurlah pada orang yang menyakiti mu kerana dialah yang menabahkan kamu.

Bersyukurlah pada orang yang tidak mengendahkanmu kerana dialah yang memupuk berdikarimu.

Bersyukurlah pada orang yang menjatuhkanmu kerana dialah memperhebatkan kemampuanmu.

Bersyukurlah pada orang yang menyeksamu kerana dialah yang menguji kesabaran dan ketabahanmu...

Hargai mereka bukan bererti membiakan dan melepaskan mereka melakukan kesilapan,
tetapi hargai mereka dengan tunjukkanlah mereka jalan yang benar.

0 comments:

Post a Comment